★ Part Three : Bahagian Tiga ★


Part 3: Bahagian tiga


(Gambar sebagai hiasan)

Jasmin membawa dulang air, manakalah ibunya, Puan Mika membawa kuih muih untuk dihidangkan kepada Edward sebagai tetamu mereka petang itu. Kedengaran ayah Jasmin, Encik Rojer dan Edward berbual dengan mesra sambil ketawa besar.

“Uncle suka cara kamu cakap… Macam ni lah anak muda, penuh keghairahan terhadap dunia dan cita-cita.” Ujar Encik Rojer dengan bangganya apabila mendengar Edward bercita-cita menjadi seorang Pegawai sepertinya.
“Thanks uncle.. Uncle banyak bagi saya inspirasi. Tak sia-sia saya berkenalan dengan anak uncle dan auntie ni.” Jawab Edward dengan senyuman macho nya apabila melihat Jasmin menghidangkan air di depannya. Sempat Edward melirik ke arah lurah dada Jasmin, yang kebetulan Jasmin memakai blause yang agak longgar di bahagian dada.
“Sama-sama Ed, uncle macam dah anggap kamu macam anak uncle.” Balas Encik Rojer lalu menghirup teh panas yang di depannya.
“Bangga saya uncle anggap saya seperti begitu. Bertuah saya, uncle, auntie.” Jawab Edward lagi sambil tersenyum. Dalam hatinya, perangkap sudah mengena pada langkah pertama, iaitu mengambil hati bapa Jasmin.
“Hmmm… Sedapnya kuih ni auntie… Auntie yang buat?” soal Edward sambil mengunyah kuih karipap itu dengan seleranya.
“Terima kasih Ed.. Jas juga ada menolong auntie tadi.” Jawab Puan Mika sambil tersenyum bangga. Dalam hati Edward, dia tersengih.
Kemudian mereka berbual sampai petang, iaitu pukul 5 petang. Ketika itu, Edwad sudah pun meminta kebenaran untuk membawa Jasmin keluar berjalan-jalan. Disamping itu, dia memberi alasan bahawa ingin belajar bersama Jasmin di rumahnya.
Pada awalnya, Puan Mika agak keberatan, namun Encik Rojer telah mensetujuinya. Dalam hati, Edward ketawa besar ‘Hahahahaha! Akhirnya aku menang!’

Setelah itu, mereka berdua beredar dengan kereta yang di pandu oleh Edward. Bersiul-siul Edward di dalam kereta. Jasmin yang melihat, merasa pelik.
“Happy semacam je.. Ada kenduri ke kat rumah you tu?” soal Jasmin sambil mendengar lagu Korea yang berkumandang di stesen radio HOT FM. Sekali sekala juga stesen radio itu memasang lagu dari Korea, kalau tak pun,  dari Jepun, Thailand atau Filipine.
“Of Course la sayang… Ni first time you pergi rumah I. I rasa happy sangat. Boleh la I tunjuk sekitar rumah I kat you kan.” Jawab Edward dengan senyuman. Dalam hatinya berkata ‘Memang aku ada kenduri untuk kau Jas. Kau tunggu je..’
“Ala… Setakat rumah je, buat apa… Kalau bagi intan emas berlian tak apa la juga kn you..” kata Jasmin sambil ketawa kecil. Edward turut ketawa mendengarnya.
“Haha… You tengok saja lah sayang… Dah nak sampai ni…” ujar Edward pula.
Setelah parking kereta masuk ke dalam halaman rumah, mereka berdua segera masuk ke dalam rumah apabila hujan mula turun perlahan-lahan dan akhirnya lebat.

“Alamak! Basah la pula…” rungut Jasmin apabila sebahagian baju blouse nya terkena air hujan. Edward yang melihat menelan air liur. Apabila Jasmin sedar dirinya di renung oleh teman lelakinya, dia menegur Edward. “You tengok apa tu?”
“Err… Tak da ape la… Hehe… Bak sini beg you tu. Nanti I pergi ambil tuala kat bilik mama I. you tunggu sini ok?” ujar Edward segera letak beg Jasmin di atas sofa dan dia naik ke tingkat dua untuk mengambil tuala.
Beberapa minit kemudian, Edward muncul dengan pakaian yang lain. Kemungkinan dia sudah mandi ke.
“Nah! Tuala untuk you. Tak sangka hujan turun pula. You pun dah basah ni. Nak pakai baju mama I tak?” soal Edward lalu duduk di sebelahnya.
“Hmm… I takut mama you marah la…” jawab Jasmin sambil mengelap kaki dan tangannya yang sudah hampir kering.
“Tak ape la you… You pergi atas, pakai baju mama I okey? Kalau nak mandi pun boleh. Nanti I buat milo panas untuk you.” Kata Edward lagi. Jasmin senyum bila Edward memberi perhatian kepadanya.
“Okey Ed. Wait for me.” Kata Jasmin kemudian beredar ke tingkat atas.
Edward senyum.




-Bersambung lagi, jom klik link kat bawah ini untuk cerita selanjutnya-


Part 4: http://httpabbiekimi.blogspot.com/2012/07/part-four-bahagian-empat.html


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...