★ Part Two : Bahagian Dua ★


Part 2: Bahagian dua

(Gambar sebagai hiasan)


Jasmin di sayangi ibu bapanya kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Dia telah melanjutkan pelajaran di universiti yang terdekat di kawasan rumahnya. Disitu, dia telah bertemu dengan seorang jejaka yang berjaya mengambil hatinya. Baginya, itu adalah CINTA PERTAMA.

Edward, lelaki yang agak kacak, kaya, dan bijak di kampus. Dia senior kepada Jasmin yang mengambil kursus yang sama, iaitu kursus Markerting.

“ You, makin cantik lah. You buat rawatan muka eyh? “ puji Edward membuat Jasmin tersipu-sipu malu. Yup, Jasmin memang cantik, cantik secara semula jadi. Hanya bermekap nipis untuk menaikkan seri wajahnya sebagai pelajar universiti.
“ Mana ada you… I Cuma pakai pencuci muka, krim dan bedak muka je la… You ni, macam-macam je” jawab Jasmin dengan senyuman tipis di bibirnya.
“ You senyum macam tu, geram I tengok, macam nak kiss-kiss je hehe…” ujar Edward dengan sengihannya.
“ Ish, you ni… Nanti orang dengar la… Malu la I… “ jawab Jasmin dengan nada perlahan.
Edward hanya ketawa mendengar kata Jasmin itu. Ketika itu, mereka meluangkan masa di café untuk melayari internet yang telah disediakan percuma di sana.

“Wah! Seksi betul budak tu.. “ ujar Edward sambil menjuihkan mulutnya ke arah seorang perempuan yang baru masuk café tersebut. Jasmin yang mendengar, agak cemburu lalu mencubit lengan kanan teman lelakinya itu.
“Ouch…! You..! Sakitlah…..” rungut Edward sambil mengurut di kawasan yang telah dicubit oleh Jasmin sebentar tadi. Sakit lah wei!
“Gatal sangat ke mata you tu…? Nak I garukan pakai berus gigi you tak…?” balas Jasmin dengan renungan mata yang tajam.
“Hehe… Nak lah juga, nanti tolong garukan kat belakang dan depan I sekali, boleh?” jawab Edward dengan ketawa nya lagi. Sehinggakan orang yang berada di café itu sekali-sekala menoleh ke arahnya.  
“ You ni kan…. Ish…!” segera Jasmin menutup laptop nya dan berkemas seolah-olah hendak pergi dari situ. Meluat melihat gelagat Edward seperti playboy itu. Lagipun, pernah juga dia mendengar khabar angin bahawa Edward seorang playboy kerana kerap bertukar teman wanita. Alasan, bosan…

“Aik…? You nak pergi mana ni Baby…?” ujar Edward dengan nada suara yang perlahan.
Alahai…. Ni yang buat aku lemah ni bila dia panggil aku dengan nama panggilan ‘Baby’ tu. Jasmin tetap tidak ambil peduli.

“Baby, sorry la… I bukan nak ngorat dia pun.. Duduk lah balik Baby… Tak kesian tengok I duduk sorang-sorang kat sini…? Kang ada awek lain temankan I baru tau..” pujuk Edward lagi. Kali ni, suara romantik nya sudah keluar.

Jasmin menjeling ke arahnya, kemudian duduk semula di sebelah Edward. Edward senyum. Dalam hati berkata ‘Alahai… Senang je pujuk perempuan macam ni hahahaha….!’

“Macam ni lah awek I, dengar cakap I. jangan marah okey?” kata Edward lagi. Kemudian dia meramas-ramas tapak tangan Jasmin yang sudah sejuk akibat aircon yang terpasang di café itu.
“Hmmm… Yelah… I buat macam ni pun, nanti you menggatal dengan perempuan lain lak.” Jawab Jasmin akhirnya. Tapak tangannya merasa hangat.
“Hehehe… You lagi seksi dan cantik dari semua perempuan di sini tau.” Puji Edward lagi dengan sengihannya. Jasmin senyum. Dalam hati merasa bangga.
“Baby, jom pergi rumah I nak? Parents I pergi Melaka selama seminggu ni. I nak ikut tapi kesian tengok you, nanti rindu I lak…” kata Edward lagi sambil merenung muka Jasmin menunggu jawapan. Padahal dalam hatinya meronta ingin mendengar Jasmin berkata ‘Boleh la juga’.
“ I tak tahu lah you… I takut mak bapak I tak kasi pergi rumah bujang lak….” Jawab Jasmin dengan muka selamba. Baginya, dia tidak pernah pergi rumah lelaki bila lelaki itu keseorangan di rumah. Takut apa-apa boleh berlaku..
“Ala you, benda tu you jangan risau. Hari ni juga, I nak jumpa parents you mintak kebenaran. Okey tak? Lagipun perents you kan kenal I siapa. Macam parents I kenal you. Bakal menantu hehe…” balas Edward dengan yakinnya. Dia sangat yakin bahawa ibu bapa Jasmin membenarkan anak perempuan mereka ikutnya pulang ke rumah.
“You jangan la yakin sangat…” ujar Jasmin lagi. Seperti hendak mengelak. Melainkan jikalau sudah berkhawin.
“Okey you, kalau dapat, you kena ikut I juga tau…!” ujar Edward lagi. Jasmin hanya angguk kepala. Tepat pukul 5 petang, mereka beredar dari situ.






-Bersambung lagi, sila klik di bawah untuk cerita selanjutnya-
Part 3: http://httpabbiekimi.blogspot.com/2012/07/part-three-bahagian-tiga.html

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...