★ Part Four : Bahagian Empat ★


Part 4 : Bahagian Empat 

   
 (Gambar sebagai hiasan)


Setelah mandi, Jasmin segera mencari pakaian yang bersesuaian dengannya di dalam almari pakaian milik mama Edward. Namun semua nya agak seksi dan terdedah walaupun untuk baju tidur. Mengenangkan hujan tidak berhenti dan sejuk mula menyerang tubuhnya, Jasmin mengambil baju tidur kain satin mama Edward dan lantas memakainya. Kedengaran bunyi pintu bilik di ketuk. Dengan perasaan gelabah, Jasmin mengambil bathrob berwarna merah yang tergantung di tepi pintu dan lantas memakainya.

Pintu bilik terkuak. Perasan Jasmin bahawa dia telah mengunci pintu bilik tadi. Takut-takut mama dan papa Edward sudah pulang tapi mustahil kerana tak sampai 3 hari parents Edward pergi ke Melaka.

Lamunan Jasmin terhenti apabila seseorang memanggil namanya. Terserentak itu wajah Edward di depannya sambil tersengih.

“Ish you ni… I ketuk pintu bilik you tak buka pun. Nah, Hot Coklet untuk you.” Ujar Edward lalu memberi secawan Hot Coklet kepada buah hatinya itu. Kelihatan seksi la pula…
“Macam mana you boleh masuk? Bukan ka I dah kunci tadi?” soal Jasmin sambil menghirup perlahan-lahan minuman yang Edward berikan tadi.
“I ada kunci ni.. I takut u pengsan la pula… Maklumlah bilik mama dan papa I ni sejuk macam kat negara china tu.” Jawab Edward kemudian dia duduk di atas katil bersebelahan Jasmin yang masih lagi berdiri.

Sambil itu matanya rambang menjelajah seluruh tubuh Jasmin. Dapat dia bayangkan bentuk, lekuk tubuh milik teman wanitanya ini walaupun dibaluti pakaian yang menutupi segalanya. Aih, memang cantik…

Jasmin yang perasan Edward memerhatinya seperti hendak makan dirinya, segera menghabiskan minum dan beri cawan kosong itu kepada Edward.
“You turun la dulu, nanti I turun sekejap lagi.” Ujar Jasmin apabila terasa kepalanya pening semacam. Mungkin kepalanya terkena hujan. Maklum lah, dia mudah deman jikalau terkena hujan walaupun setitik. Tak lama selepas itu, Jasmin rebah dan terbaring di atas katil tanpa sedar diri.
Edward senyum senget.






-Bersambung lagi, klik di bawah untuk seterusnya-
Part 5: http://httpabbiekimi.blogspot.com/2012/07/part-five-bahagian-lima.html


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...