★ Part Six : Bahagian Enam ★

  Part 6: Bahagian Enam



                                                        (Gambar sekadar hiasan)


Edward telah menghantar Jasmin balik dan bersua muka dengan ibu bapa Jasmin. Memang melenting dan marah Encik Rojer apabila Edward gagal membawa Jasmin pulang malam semalam. Namun Edward memang bijak kerana dia tahu dia akan dimarah sebegitu. Dia memberi alasan yang dibuat-buat dengan memberitahu bahawa terdapat kawan perempuan Jasmin juga bermalam di rumah Edward kerana mereka mengulangkaji pelajaran sampai lewat malam.

Setelah berhempas pulas memberi keterangan, akhirnya ibu bapa Jasmin berpuas hati. Manakala Jasmin hanya diam sahaja sepanjang pertempuran itu. Sesekali dia menjawab mengatakan dirinya tidak apa-apa. Padahal, dalam hati dia, hanya Tuhan saja yang tahu. Tapi anehnya, apabila dia membersihkan diri, dia seperti tidak kecewa sangat. Mungkin kerana cintanya kepada Edward, dia pasrah dengan apa yang terjadi. Di dalam pikirannya, dia berfikir dirinya milik Edward dan Edward miliknya.

Kesesokan paginya, kelihatan Edward awal-awal pagi sudah menapak di depan halaman rumah Jasmin menjemput teman wanitanya ke kolej bersama. Untung baginya apabila Encik Rojer sudah pergi bekerja. Jasmin yang menerima kedatangan Edward hanya tersenyum. Edward yang melihat merasa hairan. Dalam pikirannya, mungkin Jasmin sudah memaafkan dirinya. Kemudian mereka pergi ke kolej setelah bersarapan bersama-sama.

“Baby, you pikir apa tu? Dari tadi diam sahaja sampai sekarang. You marahkan I lagi ke?” soal Edward memecah keheningan yang tercipta.
“Takde lah… I okey je.. semalam I mimpi…” jawab Jasmin dengan perlahan. Sesekali Edward menoleh ke arahnya kemudian memandu ke depan.
“You mimpi apa?” soal Edward lagi. Kedengaran bunyi Beyonce berkumandang di radio.
“I mimpi kita dua buat… Ermmm….” Jasmin seperti malu hendak luahkan. Edward seperti dapat mengagak mimpi yang dialamni Jasmin itu.
“Mimpi kita buat seks?” jawab Edward. Dalam hatinya geli hati. Ada juga mimpi dia ni…
“Ermm…” Jasmin angguk kepala. Dia merasa malu. Tiba-tiba tapak tangan kanannya di genggam Edward. Kemudian dia menghentikan kereta di tepi jalan raya yang mempunyai pondok tempat perhentian bas. Namun kawasan itu agak lenggang. Jasmin menoleh ke arahnya.

“Baby, tu maksudnya you nak kita buat lagi, tau?” ujar Edward dengan senyuman. Dalam hatinya ketawa bagaikan hantu.
“Tapi….” Belum sempat Jasmin meneruskan ayatnya, tetiba bibirnya sudah dikucup oleh Edward dengan perlahan. Mata Jasmin sudah bulat merenung ke arah mata Edward.
Edward senyum. Apabila melihat Jasmin tidak memberi respon, dia menarik muka Jasmin ke arahnya dan mereka bercumbuan dengan ghairah. Dalam fikiran mereka berdua, mereka sudah ketagih…

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...