DATUK LEE CHONG WEI TETAP JUARA

Morning all... mesti sume tengok badminton final single antara DATUK LEE CHONG WEI & LIN DAN kn? Yang tak tgk, iboh komen xtentu psl kalo tahu pemain malaysia DLCW kalah ok??? Sebelum saya memanjangkan lagi topik ini, sejujur dari hati saya ingin mengucapkan TAHNIAH KEPADA DATUK LEE CHONG WEI KERANA MARA KE FINAL berlawan bersama LIN DAN dari negara China.

Kita semua tahu hanya Datuk Lee Chong Wei mampu membawa medal emas untuk negara Malaysia. Malah telah berjanji kepada rakyat Malaysia atas kemalangan yang membuat pergelangan kakinya terseliuh pada kejohanan piala Thomas bulan Mei 2012. Kekecewaan jelas terpancar di wajah Datuk Lee Chong Wei. Namun beliau telah pun pulih dan kembali berentap untuk sukan Olimpik 2012 di London.




Beliau telah menewaskan Chen Long dari China (3hari yang lalu) sebelum berlawan dengan Lin Dan yang juga dari China. Saya berasa sangat bangga dan terpancar dari wajahnya yang beliau sangat gembira memasuki final.

Namun, malam semalam, tepat jam 8 malam, sama ada di astro sukan ataupun TV2, beliau tewas kepada Lin Dan, juara dari negara China. Walaupun beliau tewas, namun bagi saya, beliau tidak pernah tewas.! Kerana hanya beliau yang mampu membawa pingat/medal untuk Malaysia walaupun hanya tempat ke dua.


Reaksi wajah Datuk Lee Chong Wei.

Walau apapun, kami tetap sokong anda DATUK LEE CHONG WEI! Teruskan berusaha dan berjuang! Anda tetap juara bagi kami! Kepada sesiapa yang tidak puas hati terhadap kekalahan beliau yang hanya mendapat tempat ke- 2, cuba anda pikirkan. Beliau tidak takut berentap dan melawan Lin Dan, tidak gentar, bagi yang selalu mengikuti perkembangan beliau, korang akan tahu kenapa beliau menangis kerana kekalahan pada perlawanan tersebut. 

Dan tak perlu lah korang kutuk-kutuk beliau mengatakan beliau tidak hebat seperti Lin Dan. Jikalau beliau tidak hebat, kenapa beliau boleh masuk final?? Berbanding dengan pemain Malaysia yang lain, dapat kedudukan tak?? PIKIR-PIKIRKAN DAN RENUNG-RENUNGKAN....

-PEace!-
-Jangan kutuk orang lain jikalau korang tak setanding dengan mereka-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...