PANDELELA RINONG DARI SARAWAK MENANG PINGAT GANGSA OLIMPIK ACARA TERJUN DI LONDON 2012

Penerjun negara di Sukan Olimpik London 2012, Pandelela Rinong atau lebih dikenali oleh rakan atlet sebagai Lulu mencipta rekod selaku wanita pertama negara berjaya merangkul pingat gangsa pada final acara 10 meter platform individu wanita sebentar tadi dengan mencatat  mata keseluruhan 359.20. Pandelela kini menyertai Lee Chong Wei sebagai ke-2 terbaik dunia, Azizulhasni Awang ke-6 terbaik dunia dan Pandelela ke-3 terbaik di dunia dalam sukan Olimpik kali ini.

Biodata Pandelela Rinong
Nama Penuh : Pandelela Rinong Anak Pamg
Tarikh Lahir : 2 Mac 1993
Asal : Sarawak
Bangsa : Bidayuh
Pendidikan : Pra-Universiti (2011)
Acara : 1m, 3m Springboard (Ind./Syn.)


PENCAPAIAN
 

Atlet berusia 19 tahun dari Sarawak ini memulakan terjunan dan berakhir di tempat ke 7 setelah selesai pusingan ke 4. Namun pada terjunan ke 5, Pandelela melakukan satu terjunan sempurna untuk memastikan pungutan mata 76.80 untuk meraih temoat ke 3 keseluruhan terbaik. Pingat emas dimenangi oleh penerjun dari China yang juga Juara Olimpik Beijing 4 tahun lalu, Chen Ruolin  yang jauh meninggalkan penerjun penerjun lain dengan pungutan mata 422.30. Pingat perak pula dimenangi oleh penerjun dari Australia iaitu Brittany Broben dengan pungutan mata 366.50.


Tahniah kepada anak jati Sarawak ini kerana telah mengharumkan nama Malaysia dan memastikan Jalur Gemilang berkibar di Pusat Akuatik di London. TAHNIAH!

Aik aik... Baru sahaja saya check page facebook saya, terjumpa artikel pasal ni. Jom tengok gambar di bawah:


Hahahha...Terkejut saya.. Bahkan kat facebook sudah ada page tok pasal ni. Jom klik di bawah:



_______________________________________________________________________________

Ha??? Apa macam LISA_ROSLI yang hina perempuan Sarawak ni?? Apa macam?? Kutuk perempuan Sarawak dan Sabah macam-macam... Ni ha! Bukti kata kau salah! Puihhh!!!


Padan la muka perempuan ni, meh kita tengok semua orang, tak kira mereka tinggal di mana, semua hantam dia. 


 Ha... Ap macam?? Ada sesiapa lagi yang berani kutuk mengutuk ni? Jangan sampai benda ni di bawak masuk kat Tv atau majalah lak. Kang femes pulak hahaha!
 Belum lagi.... Itu baru je kat twitter, korang tengok kat facebook lak. korang klik je link di bawah:


-Peace! TAHNIAH KEPADA PANDELELA!-


6 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...