!! HACKER YANG SUKA HACKED !!

Apa khabar semua....? Sihat kew? Saya di sini sihat jew... Cuma ada sakit hati jew lagi pasal blog saya kena hacked oleh seseorang yang tidak bertanggungjawab mengembalikan semula blog saya. Hmmm... Perlu kew saya mention siapa yang punya kerja ni? Kut-kut femes la pula mereka ni... Atau entah-entah blog ni lak mereka nak hack. Dunia-dunia...




Okey, dah 5 hari kena hacked. Sebab sabtu dan ahad saya tak dapat online. LEpas tu, adalah hamba Tuhan ni nak bagi pertolongan. Baru jew add kat facebook. Dia cakap ini itu. Ada syarat lagi tu. Alahai... Budak-budak jew... Nak tahu perbualan kami dua, meh tengok gambar lagi di bawah...

Yang gambar kartun anime (Enma Ai) tu saya. Sini link facebook saya:



Hahahaha... Tulisan merah di bawah sekali saya taip. Marah giler la... Tapi bertenang sahaja. Ala, biasalah budak-budak. Maaflah kalau bahasa saya kasar. OMG!

Lepas tu, saya malas lagi nak layan. Tunggu sahaja ketua page hacker tu online. Ha...Tunggu punya tunggu, akhirnya dia Online. Page CIC ni boleh tahan jugak. Budak IT semua. Note-note mereka power-power. Korang yang ada facebook dan ingin belajar boleh jgk join. Tapi mesti ada knowledge sikit. Supaya korang tak lah termanggu-manggu baca post mereka tu... Hmmm... Tapi nasib baiklah saya bekas pelajar IT. BTW, Nice Job CIC, saya akui korang pro. Yelah, first time kena hacked huahuahuahua!!!

Seriously, saya tidak pro macam mereka. Tapi maybe mereka setanding dengan ketua kumpulan saya time FYP. Tau tak FYP?? FINAL YEAR PROJECT la... Tapi rasanya, group CIC ni boleh tak created satu website untuk student check jadual exam?? Harap-harap boleh...
Walau apa pun, saya nak sangat balik blog saya. Entah la... Hui Hui... Security blog aku low la babe... Ala... password kesayangan aku tu korang hack.. Apa nasib da... Nasib otak bukan badan...


(kalau dah macam biasa, maknanya dah okey. kalau dah tak ada lagi, maksudnya sudah kena deleted)





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...